Tue. Sep 27th, 2022

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka Gred B29. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Pereka Gred B29 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda yang telah melepasi tapisan awal pihak SPA, anda adalah calon yang menepati kelulusan dan pengkhususan akademik.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka Gred B29

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris. Kami pasti anda mahu membuat persediaan awal menduduki peperiksaan online Pereka B29 ini nanti.

Format Peperiksaan Online Pereka Gred B29

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pihak SPA hanya berikan Ujian Psikometrik kepada jawatan gred 19. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2020 ini nampaknya pihak SPA mengubah sedikit format soalan dengan peperiksaan Pengetahuan  Am, Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Untuk peperiksaan Pereka Gred B29 kali ni, calon akan menjawab 2 bahagian/seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dibawah ini adalah sedikit penerangan berkaitan seksyen-seksyen yang akan anda jawab nanti. Perlu faham, beza Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik. Baca penerangan dibawah untuk maklumat lanjut.

Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek pengetahuan am, kementerian, jabatan, undang-undang Malaysia, perlembagaan dan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Topik mengenai kelayakan dan bakat Pereka juga akan ditanya.

  • Masa: 25 Minit
  • Soalan: 20 (Aneka pilihan)

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

  • Masa: 20 Minit
  • Soalan: 20 (Aneka pilihan)

20 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka B29

Bagaimana anda nak buat persediaan awal peperiksaan online jika anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini?

Seperti yang diterangkan diatas, setiap bahagian mempunyai bentuk soalan yang berlainan. Kami akan kongsikan dengan anda contoh soalan pengetahuan am dan kefahaman bahasa inggeris untuk memudahkan anda semasa exam nanti.

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak Examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 20 Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka B29 iaitu Seksyen A dalam peperiksaan SPA nanti.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

  • A. Ketua Hakim Negara
  • B. Hakim-Hakim Besar
  • C. Ketua Menteri Sabah
  • D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

3. Di antara senarai mahkamah berikut, yang manakah merupakan kategori Mahkamah Atasan?

I. Mahkamah Persekutuan

II. Mahkamah Rayuan

III. Mahkamah Tinggi Malaya

IV. Mahkamah Tinggi Borneo

  • A. I dan II
  • B. I, II dan III
  • C. II, III dan IV
  • D. I, II, III dan IV

4. Badan kehakiman yang mengesahkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah

  • A. Mahkamah Persekutuan
  • B. Mahkamah Rayuan
  • C. Mahkamah Sesyen
  • D. Mahkamah Tinggi

5. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

  • A. Mahkamah Sesyen
  • B. Mahkamah Tinggi
  • C. Mahkamah Persekutuan
  • D. Mahkamah Rayuan

6. Berikut adalah benar tentang Yang di-Pertuan Agong KECUALI

  • A. Ketua Negara dalam sistem pemerintahan Malaysia
  • B. Berkuasa melantik Perdana Menteri
  • C. Boleh menjalankan tugas sebagai raja di negerinya
  • D. Dipilih oleh Majlis Raja-raja

7. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

  • A. Gelaran rasmi Ketua Utama Negara
  • B. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
  • C. Dipilih secara bergilir di kalangan pemimpin negeri
  • D. Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri

8. Tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong merangkumi berikut kecuali

  • A. Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
  • B. Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam
  • C. Berkuasa melantik Jemaah Menteri atas nasihat Majlis Raja-raja
  • D. Merupakan pemerintah tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia

9. Jawatan ini mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman

  • A. Peguam Negara
  • B. Perdana Menteri
  • C. Yang di-Pertuan Agong
  • D. Yang di-Pertua Dewan Negara

10. Apakah yang akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) membubarkan parlimen yang diikuti dengan satu pilihan raya umum untuk memilih ahli-ahli baru.

  • A. Ahli Dewan Negara diberhentikan
  • B. Ahli Dewan Negeri ditamatkan perkhidmatan
  • C. Ahli Dewan Negara dinaikkan pangkat
  • D. Ahli Dewan Negeri dinaikkan pangkat

11. Random Access Memory (RAM) merupakan sejenis cip semikonduktor yang digunakan dalam peralatan teknologi. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri RAM kecuali

  • A. RAM merupakan tempat storan sementara
  • B. Ukuran unit RAM adalah dalam bytes
  • C. Ingatan RAM masih kekal jika komputer dimatikan
  • D. Lokasi pengstoran dapat dicapai oleh RAM secara rawak dalam masa yang sama.

12. Di antara berikut, yang manakah tepat menerangkan tentang Central Processing Unit (CPU)

I. Menginput data dan program ke dalam sistem komputer

II. Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan

III. Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data

IV. Terdapat 2 komponen utama iaitu Unit Kawalan dan Unit Arithmetik

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. I, II dan III
  • D. I, II, III dan IV

13. Pilih padanan shortcut untuk sistem operasi Windows yang salah

  • A. Alt + F4 – untuk menutup atau menghentikan program yang sedang aktif
  • B. Ctrl + Alt + Delete – untuk membuka Task Manager
  • C. Shift + Delete – untuk memadam terus sesuatu file
  • D. Alt + Tab – untuk menampilkan Start Menu

14. Komunikasi tanpa wayar bergerak dalam garis lurus dapat dilakukan dengan menggunakan

  • A. Gelombang mikro
  • B. Kabel sepaksi
  • C. Kabel gentian optic
  • D. Wayar pasang jauh

15. Di antara berikut yang manakah menjadi keperluan untuk sesebuah komputer berada dalam rangkaian.

I. Sistem Pengoperasian (Operating System)

II. Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)

III. Perkakasan Komputer (Computing Hardware)

IV. Perisian Aplikasi (Application Software)

  • A. I dan II
  • B. II dan III
  • C. I, II dan III
  • D. I, III dan IV

16. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

  • A. Acrobat Reader
  • B. Visio
  • C. Word
  • D. Publisher

17. Tanda-tanda serangan trojan, virus atau cecacing pada computer menunjukkan tanda-tanda seperti berikut

I. Ingatan utama lebih dari jangkaan

II. Sistem mengalami perubahan

III. Fail dan program akan menghilang

IV. Fail menjadi rosak

  • A. I dan II
  • B. III dan IV
  • C. I, III dan IV
  • D. II, III dan IV

18. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

  • A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
  • B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
  • C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
  • D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

19. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

  • A. Hubungan Wireless
  • B. Persidangan Video
  • C. Internet
  • D. Intranet

20. Virus memainkan peranannya untuk memusnahkan fail-fail, sistem komputer dan menyebabkan ketidakstabilan sistem. Manakah berikut BUKAN langkah-langkah pencegahan virus komputer

  • A. Sentiasa membuat salinan (backup) fail-fail penting
  • B. Sentiasa memeriksa cakera keras
  • C. Sentiasa mendapat maklumat terkini dari media mengenai serangan virus terbaru
  • D. Sentiasa mengemaskini sistem pengoperasian dengan yang terkini

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan dan Jawapan Pereka B29

Anda bertuah kerana berada di website examspa8i.com ini, kami mahu membantu anda untuk LULUS dalam peperiksaan online Pereka B29 dengan jayanya!

Pihak Tim Infokerjaya telah menyediakan Rujukan, Nota dan Contoh Soalan Beserta Skema Jawapan untuk membantu calon-calon peperiksaan SPA membuat latih tubi sebagai langkah awal calon membuat persediaan menghadapi exam Pereka B29 nanti.

Untuk dapatkan rujukan & contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

Selepas pengesahan pembayaran, link akses untuk download ebook ini akan diemailkan kepada anda. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana ebook ini adalah Buku Digital (PDF). Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Peperiksaan Online Pereka Gred B29 Terkini

  • Pereka Gred B29
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 2 Disember 2021
  • Masa Peperiksaan : 2:00 petang – 3:00 petang

Kami berharap, dengan perkongsian Contoh Soalan Pengetahuan Am Pereka Gred B29 ini membantu calon dalam exam spa online nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sorry, you cannot copy content of this page!