Wed. Sep 28th, 2022

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41. Anda calon Peperiksaan Online PSEE Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 di Kementerian Belia Dan Sukan bulan ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41 nanti.

Calon peperiksaan online SPA Sesi DISEMBER 2021 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.

Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecerdasan. Hanya calon yang lulus akan dipanggil temuduga SPA nanti.

Maklumat Gaji dan Depkripsi Tugas Pegawai Belia Dan Sukan S41

Berikut adalah jadual gaji seorang Pegawai Belia Dan Sukan S41:

  • Gaji Minimum: RM 2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM 9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225.00

Depkripsi Tugas Pegawai Belia Dan Sukan S41

Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

Format Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.

Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.

Semakan peperiksaan – Semakan SPA9 https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

Untuk peperiksaan online Tahun 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:

  • Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41
  • Kementerian Belia Dan Sukan
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 02 Disember 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi

Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;

  1. Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
  2. Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Penerangan Seksyen Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.

Masa: 25 Minit

Soalan: 20 (Aneka Pilihan)

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.

Masa: 20 Minit

Soalan: 20 (Aneka Pilihan)

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Belia Dan Sukan S41

Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Belia Dan Sukan S41 untuk peperiksaan online ini.

1) Di dalam sebuah sekolah terdapat seramai 280 pelajar tingkatan empat. 80% telah mengambil peperiksaan matematik tambahan. 3/4 daripadanya telah lulus peperiksaan tersebut. Berapakah jumlah pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut?

  • A ) 157
  • B ) 168
  • C ) 170
  • D ) 224

2) Kebarangkalian menemui pelajar lelaki di kelas Melur adalah 3/8. Jika kelas tersebut mempunyai 40 orang pelajar, berapakah kebarangkalian untuk menemui pelajar perempuan?

  • A ) 5/8
  • B ) 1/4
  • C ) 1/8
  • D ) 3/8

3) Pukul berapakah 2 jam 45 minit selepas jam 2345?

  • A ) 2.30 pagi
  • B ) 2.30 petang
  • C ) 5.30 pagi
  • D ) 5.30 petang

4) Antara yang berikut, manakah nilai yang terbesar?

  • A ) 7/3
  • B ) 16/7
  • C ) 2 2/5
  • D ) 2 3/8

5) Berdasarkan kepada susunan angka yang diberi, apakah X ?

1 , 3 , 6 , 10 , 15 , 21 , 28 , X

  • A ) 34
  • B ) 35
  • C ) 36
  • D ) 37

6) William lebih tua daripada Danish. Shirley lebih muda dari Vivian dan Danish. William lebih muda dari Kelvin. Vivian lebih muda dari Danish. Siapakah yang paling tua?

  • A ) William
  • B ) Danish
  • C ) Vivian
  • D ) Kelvin

7) Jaya mempunyai 4 biji oren. Dia mendapati bahawa 4 biji oren tersebut boleh dijadikan 6 gelas jus oren. Jika Jaya mempunyai 6 biji oren, berapa banyak gelas jus oren yang dapat diisi?

  • A ) 7 gelas
  • B ) 8 gelas
  • C ) 9 gelas
  • D ) 10 gelas

8) Terdapat 360 biji bola yang dipunyai oleh Adam, Aiman, dan Harun mengikut nisbah 3:2:7. Adam mengambil 20 biji bola daripada Aiman dan 10 biji bola daripada Harun. Cari nisbah baru bola yang dipunyai oleh Adam, Aiman dan Harun?

  • A ) 3:1:5
  • B ) 5:1:3
  • C ) 2:3:7
  • D ) 7:3:2

9) REJAB ke JABER adalah bersamaan 83512 ke

  • A ) 51238
  • B ) 35812
  • C ) 21538
  • D ) 58312

10) April, Jun, November, Januari

Berdasarkan senarai di atas, yang manakah tidak tergolong di dalam kumpulan ini?

  • A ) April
  • B ) Jun
  • C ) November
  • D ) Januari

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Belia Dan Sukan S41

Berikut adalah contoh soalan seksyen kefahaman Bahasa inggeris untuk rujukan dan gambaran bagaimana soalan sebenar peperiksaan SPA akan dikeluarkan. Ini adalah contoh soalan sebenar peperiksaan jawatan lain.

Soalan No. 1 hingga 3 berpandukan teks dibawah.

Read the notice and answer the questions.

NOTICE OF WATER DISTRUPTION

We wish to inform you that the Sungai Semenyih Water Treatment Plant had to be fully shut down following an incident of odour pollution in Sungai Semenyih. The management said the large scale work stoppage result in 348 areas with 328,957 consumer accounts in Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat and Sepang experiencing unscheduled water supply distruption following the pollution.

1. The water distruption happened because of

  • A) the shut down of the Water Treatment Plant.
  • B) an incident of odour pollution in Sungai Semenyih.
  • C) the large scale work at the plant.
  • D) the big number of consumer accounts.

2. The water distruption will affects residents

  • A) of the four districts mentioned above
  • B) living in 348 areas in Selangor
  • C) with consumer accounts in the four districts
  • D) living nearby Sungai Semenyih Water Treatment Plant

3. Choose a word that has same meaning of the word distruption.

  • A) retardation
  • B) obstruction
  • C) suspension
  • D) disturbance

4. Choose the best answer.

The driver stopped the car _______________.

  • A) diligently
  • B) arrogantly
  • C) abruptly
  • D) adversely

5. Choose the correct spelling.

  • A) distruction
  • B) destraction
  • C) destruction
  • D) dastrection

6. Choose the best answer.

She speaks so softly that we ____________ hear her.

  • A) cannot
  • B) shall not
  • C) did not
  • D) have no

4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA 2021

1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan

Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi. 

2. Masa Menjawab Tak Cukup

Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.

3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana

Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.

4. Perlu Faham Setiap Seksyen

Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.

Dapatkan Rujukan Khas Ebook Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Dan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Belia Dan Sukan S41 ini?

  1. Rujukan PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41 DISEMBER 2021 (100++ Contoh Soalan Beserta Jawapan)
  2. Rujukan Pantas Resume
  3. Penampilan Temuduga
  4. Haluan Kerjaya
  5. 13 Strategi Kerjaya
  6. Template Resume

Ini Rujukan EXAM SPA 02 DISEMBER 2021 Anda!

Rujukan ini BUKAN BUKU tetapi adalah eBOOK versi download (pdf file). Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Peperiksaan Terkini Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41

  • Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
  • Tarikh Peperiksaan : 2 Disember 2021
  • Masa Peperiksaan : 10:00 pagi – 11:00 pagi

BELI EBOOK DISINI >>> TEMPAH SINI

Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan S41 ini.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sorry, you cannot copy content of this page!