Tue. Sep 27th, 2022

Contoh Soalan Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41. Anda antara calon yang dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik untuk jawatan Penerbit Rancangan Gred B41 dan Penerbit Rancangan Gred B29 bulan ini? Kami ucapkan TAHNIAH ! kerana anda adalah calon yang bakal menjawat jawatan ini kelak.

Contoh Soalan Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Penerbit Rancangan ini akan ditempatkan di Jabatan Penyiaran Malaysia. Jabatan Penyiaran Malaysia lebih dikenali sebagai RTM.

Latar Belakang Jabatan Penyiaran Malaysia

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor membawa set radio pertama ke negara ini.Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Beliau kemudian menubuhkan persatuan serupa di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya.

Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka. Bagaimanapun, pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen-stesen radio tersebut.

Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura. Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada 1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio dan ia menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan. Ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, juruhebah bertugas menggunakan “INILAH RADIO MALAYSIA” dijadikan pengenalan oleh juruhebah bertugas ketika . Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang memulakan siarannya pada 6 Oktober 1969.

Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan. Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Di Kompleks Angkasapuri, pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen. Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan pendengar,terutama yang bekerja malam.

Media elektronik adalah sumber penting menerima dan menyebarkan maklumat kerana ia pantas, murah dan dapat disampaikan secara langsung kepada pendengar. Oleh itu, RTM berpendapat wajar untuk meletakkan usaha menyampaikan maklumat dan pada masa sama memberi hiburan digabungkan. Atas kesedaran itu, maka pada 20 Jun 1975, lahirlah Radio Muzik. Industri penyiaran Malaysia terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi. RTM yang pada peringkat awalnya memancarkan beberapa stesen kini mempunyai 34 stesen radio.

Perkembangan Media baharu memberi impak yang besar kepada penyebaran maklumat kepada khalayak. Menyedari hakikat ini RTM mengorak langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996 lagi. Mulai tahun 2012 perkhidmatan ini diperluaskan dengan penggunaan mobile streaming. Sehingga 2013, RTM mempunyai 3 stesen TV (TV1, TV2, TVi dan Galaksi Muzik) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web dan Mobile streaming (RTM Mobile).

Kini RTM mengorak langkah maju ke hadapan selari dengan perkembangan teknologi semasa dengan menampilkan 6 stesen TV (TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan TV6) dan 34 stesen Radio yang boleh ditonton dan didengar melalui web dan Aplikasi RTMKLIK.

Misi dan Visi Jabatan Penyiaran Malaysia

Format Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
  3. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran. 

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

  • a. Sangat setuju
  • b. Setuju
  • c. Tidak pasti
  • d. Tidak setuju
  • e. Sangat tidak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

  • a. Sangat kerap
  • b. Kerap
  • c. Tidak pasti
  • d. Kadang-kadang
  • e. Tidak pernah

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

  • a. Sangat tidak setuju
  • b. Agak tidak setuju
  • c. Tidak setuju mahu pun setuju
  • d. Agak setuju
  • e. Sangat setuju

Ebook Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?

  1. Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)
  2. 241 Senarai Agensi Kerajaan
  3. 7 Langkah Strategik Agensi Kerajaan
  4. Teknik Jawab Soalan Temuduga Kerajaan
  5. Rahsia Penulisan Resume
  6. 250 Soalan Temuduga
  7. Rahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga

Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.

EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN PSIKOMETRIK/SPiER SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2022 (DIKEMASKINI)

Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang pengeposan dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital (dalam bentuk PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41

Penerbit Rancangan Gred B41
Jabatan Penyiaran Malaysia
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 26 April 2022

Penerbit Rancangan Gred B29
Jabatan Penyiaran Malaysia
Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik
Tarikh Peperiksaan : 22 April 2022

Semoga perkongsian Contoh Soalan Psikometrik Penerbit Rancangan B29/B41 ini membantu calon-calon ujian psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sorry, you cannot copy content of this page!