Tue. Sep 27th, 2022

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Adakah anda dipanggil temuduga SPA untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Tahniah kepada anda yang berjaya dalam peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang lepas, anda telah buktikan anda calon yang layak untuk jawatan ini.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Dalam persediaan menjalani sesi temuduga dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian/Jabatan berkaitan, kami pasti anda sedang mencari bahan dan rujukan untuk mengetahui contoh soalan dan panduan untuk temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Bertaraf Sijil

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  1. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  2. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Jenis-Jenis Latihan Separa Perubatan

Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

  1. Latihan Jururawat           
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan   
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran         
  4. Latihan Juru X-Ray         
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan           
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi        
  9. Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)
  10. Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam       
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Tip Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Menghadiri temuduga jawatan kosong merupakan titik permulaannya anda perlu membuat kelainan dalam diri anda. Bukan untuk jadi “hipokrit” tapi untuk menjaga etika dan tatatertib yang membolehkan anda “dipandang” baik oleh panel penemuduga.

Tanpa pengetahuan dalam menjawab soalan dan berdepan dengan panel penemuduga kemungkinan besar akan menyebabkan kegagalan anda menjawab dengan baik.

Soalan temuduga lazimnya berkait rapat dengan jawatan yang anda pohon tersebut. Dari segi maklumat Jabatan/Kementerian terbabit, anda boleh baca melalui laman web rasmi sesebuah Jabatan/Kementerian tersebut.

Walaubagaimanapun, soalan yang ditanya kepada calon temuduga adalah berbeza-beza ketika sesi pengenalan. Soalan yang menilai tahap pengetahuan calon juga berkaitan dengan pengalaman dan pandangan calon itu sendiri.

Soalan temuduga yang selalu ditanya adalah:

  1. Siapakah nama anda dan apa nombor kad pengenalan anda?
  2. Kenapa anda mahu kerja dengan Kerajaan?
  3. Apakah tugas dan peranan seorang Jururawat?
  4. Anda sedang belajar! Mengapa anda memohon jawatan ini?
  5. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan?
  6. Jika diterima bekerja, adakah anda sanggup berkhidmat dan ditempatkan dimana-mana negeri seluruh Malaysia?
  7. Apakah isu-isu hangat yang diperkatakan dalam negara ketika ini?
  8. Sila nyatakan 3 perbezaan antara Hospital dan Klinik?
  9. Namakan 3 Kolej Latihan Separa Perubatan yang anda tahu?
  10. Siapakah nama Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini?
  11. Namakan 3 Jabatan yang ada di Hospital Kerajaan.
  12. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan berbanding kerjaya lain?

Ini hanyalah beberapa soalan yang pernah ditanya kepada calon. Soalan temuduga ini akan berubah-ubah mengikut cara penemuduga itu sendiri.

Tips Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma SPA

Fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon temuduga kerja Kerajaan. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Adakah anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini?

Dapatkan Panduan Temuduga dan Menjawab Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Anda tengah mencari panduan dan contoh soalan temuduga? Ya, anda berada di website ini kerana niat anda bersungguh-sungguh nak masuk kerja Kerajaan.

Jangan bantutkan cita-cita anda tanpa melakukan apa-apa! Dalam pakej ini, anda akan dapat..

  • [+] Simulasi Temuduga Separa Perubatan
  • [+] Ebook Tingkatkan Keyakinan Diri
  • [+] 1 Template Resume

Dapatkan Ebook dibawah ni.

P/S: Selepas pengesahan pembelian dilakukan, akses link untuk download ebook ini akan terus diemailkan. Beli sekarang, anda akan dapat sekarang ! Ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF.

Penjadualan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Terkini

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2022 (Sabah)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tarikh Temu Duga: 01 November 2021 – 10 November 2021
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2022 (Semenanjung)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tarikh Temu Duga: 24 Oktober 2021 – 29 Oktober 2021

Semoga perkongsian Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini membantu anda membuat persediaan hadiri temuduga nanti.

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sorry, you cannot copy content of this page!